Dulu Girlfriend Vincent Tan, Kini jadi Pengarah Komunikasi & Industri MCMC sebagai ‘senjata pemusnah’ Berjaya Group!


TERLALU banyak kenyataan MCMC bias terhadap syarikat yang bukan rakan niaga Berjaya Group. Kalau kita lihat sejak akhir-akhir ini kenyataan dari MCMC dilihat bias dan memihak kepada syarikat tertentu Berjaya, rupa-rupanya Vincent Tan sudah berjaya meletakan kekasihnya (girl friend) sebagai Pengarah Komunikasi di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tindakan Vincent Tan itu jelas sekali bersalahan kerana MCMC adalah Suruhanjaya yang dilantik dan diwujudkan secara bebas untuk memastikan lesen semua syarikat komunikasi yang ada dalam negara ini diberi secara adil dan saksama. Semua syarikat komunikasi berhak mendapat layanan yang setimpal dan adil serta tidak dibuli secara terbuka oleh MCMC menerusi kenyataan media yang hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja.

Akta Persaingan 2010 menyatakan persaingan sihat dalam pasaran, termasuk sektor telekomunikasi. Ia mengandungi peruntukan yang membolehkan pengecualian diberikan kepada sektor-sektor tertentu, seperti sektor telekomunikasi, jika ada justifikasi yang sesuai. Jelas sekali tindakan MCMC mengambil bekas pekerja Berjaya yang ada kepentingan dalam U Mobile untuk berada di MCMC adalah salah sekali menurut Akta Persaingan 2010.

Ketika U-mobile diserang di laman sosial sebelum ini banyak portal-portal ini ditutup dan disekat.

Cik Budi Citawan Wan Hanafi adalah anak kepada pelajar popular Wan Hanafi Wan Su. Budi Citawan kini adalah Pengarah Komunikasi dan Industri di MCMC sejak bulan Februari tahun lepas. Sebelum itu sudah berada di MCMC sebagai Pengarah Hubungan Antarabangsa sejak Februari 2024.

Sebelum menyertai MCMC, Cik Budi Citawan adalah Pengarah di Berjaya Corporation Berhad dari Januari 2021 sehinggalah dia menyertai MCMC. Sebelum jadi Pengarah Urusan itulah, Budi Citawan ini adalah Personal Assitant (PA) kepada Vincent Tan dengan jawatan sebagai Special Executive Officer to Founder and Chairman dari Januari 2021.

PA kepada Vincent Tan boleh lompat naik jadi Pengarah Komunikasi MCMC dalam masa hanya 4 tahun sahaja, Jadi Pengarah pula di posisi yang mana MCMC mengawal selia lesen untuk semua syarikat komunikasi di negara ini. Jelas sekali ini bersalahan dengan Akta Persaingan 2010 dan melanggar tatakelola dan integriti MCMC sebagai sebuah badan yang bebas dan adil kepada semua syarikat komunikasi.

Kini Cik Budi Citawan Wan Hanafi menjadi senjata pemusnah digunakan Vincent Tan membunuh musuh-musuh politik dan perniagaannya. Beliau menutup semua blog dan portal yang menentang Vincent Tan.

Leave a comment