Panas! VVIP anak kerabat Pahang didakwa terlibat dalam serangan bersenjata

Pada 6 Jun 2024, satu insiden serius yang melibatkan seorang VVIP, Tengku Eddie Akasya, telah dilaporkan berlaku di Kuantan, Pahang. Menurut laporan polis (no repot: KUANTAN/014100/24) yang difailkan oleh mangsa, Alias bin Awang, beliau telah diserang oleh sekumpulan individu yang diketuai oleh seorang anak kerabat, Tengku Eddie di sebuah kandang kuda di Taman Gelora, Kuantan.

Berdasarkan keterangan Alias Awang (nombor telefon: 011-11531164), beliau telah dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Fauzi Tengku Eddy untuk membincangkan mengenai pengawal keselamatan. Siasatan lanjut mendedahkan bahawa individu ini sebenarnya adalah Mohd Fouzi Bin Md Nur, seorang koperal polis dengan nombor badan RF149887 (no telefon 019-6629887). Fakta bahawa seorang anggota polis terlibat dalam insiden ini menambah lagi kerumitan kes tersebut. Setelah tiba di lokasi kejadian, Alias didakwa telah ditarik masuk ke dalam kabin kandang kuda oleh Tengku Eddie. Di situ, beliau dikatakan telah dipukul oleh beberapa orang lelaki, termasuk seorang yang dikenali sebagai Mat Ise @ Adik Sam.

Insiden ini menjadi lebih serius apabila Alias cuba melarikan diri. Beliau mendakwa telah ditikam di bahagian peha kanan menggunakan sebilah pisau. Lebih membimbangkan lagi, Tengku Eddie didakwa telah melepaskan dua das tembakan ke arah Alias, walaupun tidak mengenai sasaran. Sumber yang dipercayai mendakwa bahawa senjata api yang digunakan dalam insiden ini tidak berdaftar, dan ini membuatkan kes ini menjadi lebih berat lagi.

mangsa Alias bin Awang menunjukkanbukti tikaman pisau di pehanya..

Laporan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan mengesahkan kecederaan yang dialami oleh Alias, termasuk luka tikaman di paha kanan dan beberapa kecederaan lain di badan.

Apa yang membimbangkan adalah tiada sebarang perkembangan atas siasatan kes ini dan ini menimbulkan pertanyaan adakah pihak polis telah menandakan kes ini sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (No Further Action/NFA).

Hal ini dikhuatiri akan mewujudkan polemik di kalangan rakyat tentang proses penyiasatan pihak berkuasa dan sama ada kedudukan Tengku Eddie sebagai seorang VIP anak kerabat telah mempengaruhi keputusan ini.

Lebih meresahkan lagi, usaha-usaha untuk membincangkan kes ini di platform media sosial seperti telah disekat. Hal ini mencetuskan spekulasi tentang kemungkinan wujudnya campur tangan daripada Tengku Eddie sendiri untuk membisukan perbincangan awam mengenai insiden ini.

Terdapat juga laporan mengenai satu lagi insiden yang melibatkan Tengku Eddie di kelab malam MARISTAR, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dilaporkan beliau dan pengawal peribadinya telah melepaskan beberapa das tembakan semasa dalam keadaan mabuk. Jika kejadian ini benar, maka ianya telah menunjukkan corak tingkah laku yang tidak stabil dan amat membimbangkan.

Insiden-insiden ini menimbulkan kebimbangan serius tentang keselamatan awam dan perlunya kawalan terhadap individu ini. Walaupun seseorang itu mempunyai status VIP, ini tidak seharusnya menjadi lesen untuk berkelakuan di luar batasan undang-undang.

Pihak berkuasa, terutamanya PDRM, perlu mengambil tindakan tegas dan telus dalam menyiasat kes-kes sebegini. Keselamatan orang awam harus diutamakan, tanpa mengira status atau kedudukan individu yang terlibat. Adalah penting untuk memastikan bahawa tiada sesiapa berada di atas undang-undang, dan keadilan dapat ditegakkan untuk semua pihak yang terlibat.

Undang-undang terpakai kepada rakyat Malaysia tidak kira siapa jika melanggar undang-undang.

Leave a comment