Euro 2024 tiada wang tapi RTM bayar lebih RM10 juta kepada Reddentes Sports Singapura hak penyiaran Olimpik & Paralimpik Paris 2024?

Apa sebenarnya berlaku? cakap pusing-pusing tiada wang Euro 2024 tapi boleh bayar hak siaran untuk Olimpik & Paralimpik Paris 2024!

RTM dan Jabatan Penyiaran adalah agensi yang paling kedekut dalam membuat pembelian hak penyiaran sukan. Rekod-rekod sebelum ini membuktikannya. Apatah lagi mahu menaja penyiaran yang menelan puluhan juta.

Ketika Piada Dunia 2018, Kerajaan PH.01 menggunakan Maxis Berhad (Maxis) dan AirAsia Berhad (AirAsia) menaja bola sepak Piala Dunia 2018 melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan nilai tajaan RM18 juta rm30 juta untuk hanya  41 daripada 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia.

Tahun 2024 kecoh lagi permintaan rakyat Malaysia mahukan siaran percuma Piala Eropah 2024 atau Euro 2024 yang akan berlangsung di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini hanya menjawab akan merujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman hak penyiaran kejohanan bola sepak Eropah 2024 (Euro 2024) di stesen penyiaran awam jika kerajaan mempunyai peruntunkan.

Namun 14 jun lalu Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia,  Suhaimi Sulaiman mengesahkan tiada siaran secara percuma di kaca televisyen menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disebabkan kos yang tinggi. Maka Kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2024 bermula 15 jun tidak dapat disiarkan secara percuma

Menjawab persoalan peminat di laman X beliau berkata kejohanan dunia berprestij mencecah kos hak siaran antaran RM10 juta sehingga RM60 juta dan ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Saya penjawat awam nak jelaskan betapa mahal gila hak siaran itu kepada yang tag dan maki hamun saya sekali.

“Hak siaran kejohanan sukan antarabangsa ini ada antara RM10 juta ke RM60 juta. Kami nak belanja duit pembayar cukai kena buat keputusan dengan betul,” katanya.

Berdasarkan rekod, RTM pernah menyiarkan perlawanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia 2018, Euro 2020 dan Piala Dunia 2022 dengan tajaan syarikat besar bukan duit kerajaan

“Mana kami nak cari wang puluhan juta ringgit nak beli hak siaran itu? Mana ada benda percuma dalam dunia ini? Kau ingat murah ke hak siaran ini? Penaja pun fikir panjang nak masuk,” tambahnya.

Demand Bola sepak boleh difahami berbanding sukan lain. Jumlah penonton sukan bola juga diakui tinggi.

Terdapat fakta dan bukti bahawa tontonan Euro adalah lebih tinggi berbanding Sukan Olimpik di seluruh dunia. Pada Sukan Olimpik 2020, jumlah penonton adalah sebanyak 3.05 bilion. Namun, untuk Euro 2020, jumlah penonton mencapai 5.2 bilion.

Kejutan RTM beli hak siaran Paris 2024

Namun pelbagai alasan RTM itu, dalam satu maklumat dalaman melibatkan pegawai RTM telah menerima telah menerima rasuah dari Syarikat Singapura untuk mendorong RTM membeli hak Broadcast penyiaran Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

RTM tiba-tiba ada wang untuk membeli hak siaran itupun dari Syarikat Singapura. Apa syarikat Singapura itu beri kepada RTM? Menurut sumber kos bayaran pembelian siaran itu melebihi RM10 juta. Apa yang gagahnya Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 berbanding Euro 2024? Kerajaan ada wang sebanyak itu untuk membayar syarikat Singapura?

Apa sebenarnya Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia,   Datuk Suhaimi Sulaiman lakukan? Beli hak siaran Piala Eropah 2024 (Euro 2024) RTM tidak punya dan penaja namun beli hak Broadcast penyiaran Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 RTM ada wang mahu.

Nampaknya sukan bola sepak tidak begitu penting buat Malaysia berbanding Olimpik.

Pegawai yang diarahkan KP Penyiaran membeli hak penyiaran olimpik ialah Ts. Putri Joliana binti Yaacob Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) dan beberapa pegawai dibawahnya.

Nampaknya amat mudah KP, TKP dan pegawai berkaitan dilobi oleh syarikat Reddentes Sports syarikat milik Singapura itu.

Reddentes Sports syarikat agensi media sukan diketuai oleh Yip Ren Kai dan Mark Chew memperoleh hak siaran untuk Sukan Paralimpik Paris 2024.

Mengapa? Kerana lobi Yip Ren Kai dan Mark Chew terus membayar komisen kepada KP, TKP dan pegawai berkaitan. Masuk mana-mana negara beginilah Renkai dan Mark Chew mendapat hak siaran sukan.

Kebiasaannya pemegang hak akan melantik wakil dari Malaysia bagaimanapun tidak diketahui siapa syarikat sekutu Reddentes Sports di negara ini.Apa yang dimaklumkan mereka berurusan terus dengan KP dan TKP Penyiaran d Malaysia.

Dilaporkan Yip Ren Kai dan Mark Chew individu ini adalah dalang dibelakang pemberian rasuah kepada pegawai RTM. Jika tidak mana mungkin kerajaan setuju membeli hak siaran dengan kos tinggi. Kos lebih RM10 juta dilihat tinggi bagi menggunakan wang pembayar cukai di negara ini. Kerajaan tiada wang tapi boleh beli hak siaran paralimpik Paris 2024.

Kerajaan, Kementerian Komunikasi dan SPRM mesti menyiasat dakwan rasuah RTM ini. Pegawai RTM yang berselindung di belakang mesyuarat memutuskan untuk membeli daripada Reddentes Sports. Ketua Pengarah Penyiaran mesti menjelaskan kes ini sebaiknya.

Leave a comment