9 November lalu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli jika dikesan berlaku dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pengerusi MARA itu menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar walaupun anak orang kenamaan.
“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.
“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, you touch you go (anda buli, anda akan disingkir),” tegasnya menerusi dalam satu hantaran di Facebook rasminya
Kes buli di sekolah bukan perkara baru malah ia turut menular di sebuah sekolah berasrama elit di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Maktab Rendah Sains MARA.
Pada bulan oktober lalu Mahkamah Persekutuan memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah sains di Terengganu membayar ganti rugi lebih RM600,000 kepada mangsa buli yang mengalami cacat pendengaran kekal, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memutuskan bahawa sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas mangsa selaku plaintif yang kini berusia 22 tahun.
Sembilan pihak terbabit ialah lima bekas pelajar Tingkatan Lima sebagai defendan pertama hingga kelima yang kini berumur 25 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (keenam), bekas pengetua, Meriam Jusoh (ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (kelapan) dan kerajaan Malaysia (kesembilan). Kejadian pukul, buli dan serangan itu berlaku di bilik asrama ketua pengawas Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu pada 26 April 2015 dan ketika itu plaintif berusia 14 tahun.
Ini menunjukkan kes buli bukan saja diselesaikan di sekolah, balai polis malah tuntutan mahkamah.
Terbaru…
USTAZ DERA PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA ULUL ALBAB SG BESAR

Namun lain pula kesnya di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab Sg Besar apabila seorang pelajar bernama Alexander Danish Rayyan bin Khairul Affa mendakwa didera oleh gurunya yang juga Warden asrama.

Beliau ditampar, ditendang dan dipaksa oleh seorang guru bernama Ustaz Taufik untuk mengaku kesalahan mencuri yang beliau tidak pernah lakukan. Adakah seorang guru, Warden dan Ustaz boleh mendera pelajar sekolah seperti Alexander Danish Rayyan?


Laporan Polis adalah seperti berikut;
Pada 30/10/2023 jam lebih kurang 9.00 malam, semasa saya berada di kelas 101. Saya telah dipanggil oleh salah seorang pelajar supaya pergi ke bilik guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam sSelangor, kerana sava dipanggil oleh Ustaz Taufik bin Che Rus untuk disoal siasat berkenaan berlaku kecurian didalam dorm, saya telah dibawa ke sebuah bilik kosong yang berada di dalam bilik guru lalu Ustaz Taufik mengunci pintu dan hanya saya bersama Ustaz Taufik sahaja berada di bilik tersebut kemudian ada seorang ustaz bernama Ustaz Muzzakir ada di luar bilik tersebut dan semasa berada di dalam bilik tersebut, Ustaz Taufik telah menyoal sava berkenaan adakah saya pernah buat salah apa? mencuri? bapak kamu kerja apa semasa soal siasat saya tidak mengaku dan Ustaz Taufik terus menampar di bahagian muka berulang kali, menumbuk di bahagian bahu kiri dan kanan serta menendang di bahagian perut saya tetapi saya masih tidak mengaku, dan Ustaz Taufik telah menendang saya sebanyak tiga kali sehingga saya berasa sesak nafas dan juga terpelanting ke belakang akibat ditendang selepas itu Ustaz Taufik ambil kerusi besi dan memukul saya tetapi saya berjaya menahan.
Ketika saya dipukul lagi Ustaz Taufik berkata aku tidak kisah bapak kau siapa, oleh itu kerana tidak tahan dipukul saya TERPAKSA MENGAKU dan pengakuan saya ini adalah pengakuan yang dipaksa oleh Ustaz Taufik, bila saya selesai mengaku kesalahan yang saya tidak lakukan Ustaz Muzzakir punmasuk ke dalam bilk mengambil keterangan saya, saya dipaksa oleh Ustaz Muzzakir untuk menandatangani borang pengakuan, selepas itu saya terus pulang ke asrama.
Kejadian soal siasat kali kedua bertarikh anggaran 4 November 2023 jam lebih kurang 6.00 petang, semasa berada di dalam dorm MAB 103 (8) orang pelajar termasuk saya berada didalam dorm tersebut bersama Ketua Warden Ustaz Muslim dan Ustaz Muzzakir. rupa-rupanya dalam sekitar 4-6 petang telah berlaku kes kecurian di dalam dorm tersebut dan barang-barang yang hilang merupakan cermin mata pelajar yang bernama Humam Khalid. Ustaz Muslim memeriksa lokar saya sahaja tanpa memeriksa lokar pelajar-pelajar lain tetapi ustaz tidak menjumpai apa-apa barang kecurian tersebut lalu Ustaz Muzakir menyoal saya, betulkah saya mencuri selepas itu. saya menjawab saya tidak mencuri dan Ustaz Muzakir berkata saya tahu awak mencuri, mengaku sahaja, senang kerja lalu saya cuba untuk membela diri tetapi tidak ada yang percaya dan Ustaz Muslim mahu berjumpa dengan saya di bilik guru semasa waktu prep pada jam 9.00 malam, saya pun pergi ke bilik guru dan disoal siasat bersama (4) orang warden termasuk Ketua Warden Ustaz Muslim, Ustaz Muzakir (timbalan warden aspura), Cikgu Firdaus(warden aspura) dan Ustaz Taufik Cherus(warden aspura) didalam bilik yang sama saya dipukul sebelum ini.
Saya telah di tanya oleh Ustaz Muslim berkenaan cerita apa yang terjadi, lalu saya menceritakan yang saya dipukul oleh Ustaz Taufik bin Che Rus, tetapi Ustaz Muslim tidak percaya kerana saya tiada saksi dan pada ketika itu, percakapan saya telah dirakam oleh Cikgu Firdaus. Ustaz Muzakir berkata baik mengaku awak curi apa? kalau awak menipu akan dianggap menipu Ketua Warden. Saya terus mengatakan yang saya tidak mencuri lalu Ustaz Muslim berkata mengaku je kita orang tahu kau ambil. Pada sesi malam, mereka memaksa saya mengaku dan memaksa saya menandatangani surat pertuduhan. Sebelum saya keluar bilik soal siasat Ustaz Muslim berkata alah Ustaz Taufik cuit sikit dah beritahu Mak. Kalau macam tu kau takyah homeroom dengan aku. Saya terus keluar dan terus pulang ke dorm.Saya membuat laporan ini adalah untuk membela diri dan keadilan untuk diri saya dan disebabkan itu, saya telah mengalami kemurungan serta bimbang untuk pulang semula ke mrsm kerana bimbang perkara ini berlaku lagi dan pada minggu hadapan saya akan menduduki peperiksaan penggal. sava juga mohon pihak polis mengambil tindakan lanjut sekian laporandiri dan keadilan untuk diri saya dan disebabkan itu, saya telah mengalami kemurungan serta bimbang untuk pulang semula ke MRSM kerana bimbang perkara ini berlaku lagi dan pada minggu hadapan saya akan menduduki peperiksaan penggal. saya juga mohon pihak polis mengambil tindakan lanjut sekian laporan saya.


Polis wajar menyiasat tindakan guru dan Warden di MRSM Ulul Albab ini yang bertindak seperti pengawai penyiasat tidak bertauliah sehingga melakukan siasatan secara kekerasan. Ini adalah satu penderaan kepada anak-anak oleh guru.
Pengerusi Majlis MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki wajar mengambil tindakan tegas terhadap guru yang menggunakan kekasaran dan mencederakan anak-anak kita. Ibubapa perlu penjelasan hal ini.
siasat betul2. jangan dengar kata pelajar semata. tidak perlu terus mention nama murid atau guru seolah guru dah sudah terbukti bersalah.
LikeLike
Tolong admin, jgn buat palatau, gambar kesan pada pelajar pun tak ada, takkan nak percaya bulat bulat sebelum tulis artikel and so on, ke kena bayar? Kalau dibayar tak leh buat apa lah. Saya tahu management MRSM tersebut macam mana. TABAYYUN BRO !!
LikeLike
admin ni byk borak aa..and keterangan nye mcm melampau sgt..kami kenal ust taufiq tu mcm mana..kalau betul dia buat sume tuu cube tunjuk kesan ii kat badan ade tak.. jgn percaya sgt ckp budak belum matang tuu..byk borak..sebelum ni pon byk sgt kes student curi ii astu tak mengaku..ke bapak student tu takleh nak terima kenyataan yang anak dia tu seorang “pencuri” haih pening ngan budak zaman skang nii..
LikeLike
Ni mcm dh melebih sngat je ni admin.kami ansara mrsm sg besar kami lebih tahu perangai ustaz kami mcm mana. Mmg dri sblm ni bnyak dah kes pelajar mencuri tpi tk mengaku. Ni dh bnyak sngat melencong keterangan pelajar tu min dri ayat tu pon kami dh bole tau budak tu menipu. Kami pon dpt info drpd pelajar mrsm sg besar yg budak ni mmg dh bnyak kali mencuri. Klau tk pon mana bukti kesan dipukul ditampar sbb katanya teruk sngat mesti ada kesan pukulan ataupon lebam kat badan mangsa. Tkpon bapak mangsa yg tk bole terima kenyataan yg anak dia mencuri
LikeLike
Bagi saya, mmg benda ni patut bagi mendidik anak muda zaman sekarang. Dah kalau dia buat problem, mmg kena la.. Takyah nak manja sangat boleh tak, problem do rayyan. Siap nak report polis bagai, mengadu kat Allah cukup la. Belajar la sabar pandai, kata nak jadi hafiz. Baik takyah masuk subes jela sampah masyarakat.
LikeLike
Kebenaran akan terbongkar juga dik , mungkin di dunia kau boleh menipu, di akhirat kau tak boleh lari
LikeLike
Boleh percaya ke budak ni… Mana tau dia reka cerita
LikeLike
tulisan post yang busuk lagi keji.. jalan cerita yang tak cukup meyakinkan. mydedah. siapa mydedah? kenapa tulisan blog ini dipost di sini? siapa penulis blog yang domba ini?
LikeLike
Kalau betul dipukul masa siasatan dilakukan… pegi lah hospital dapatkan laporan perubatan. Ni tgk gaya bahasa macam budak2 tak abis sekolah je admin… bukti kena jelas. Kata skolah ulul albab… boleh suka2 buat finah ke dik oiii
LikeLike
this is felix ansara subes – a message for rayyan, kita jumpa di padang mahsyar tapak pengadilan utk keterangan lanjut ya 🙂
LikeLike