Saksi kemalangan maut cina langgar melayu secara sengaja tampil buat laporan

KUALA LUMPUR: Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, kelmarin, untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata ketika ini, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kita mengalu-alukan kerjasama orang awam dan saksi kejadian membabitkan siasatan kes ini.

“Polis masih dalam proses siasatan, kita akan memberi perkembangan baharu jika ada,” katanya pada BH, hari ini.

Fadzil turut menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung inti pati dan punca kejadian itu terutama di media sosial.

“Macam-macam versi cerita kejadian itu dimuat naik di media sosial.

“Tidak pasti jangan kongsi kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Semalam, mangsa yang dilaporkan maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di lebuhraya berkenaan, didapati memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilanggar.

Fadzil dilaporkan berkata, mangsa berusia 29 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga melanggar suspek.

“Akibat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.

Suspek dan isteri berusia 36 tahun yang turut berada di lokasi kemalangan direman tujuh hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu beberapa video rakaman dan tangkap layar facebook diperolehi mungkin boleh membantu siasatan

Laporan penuh-

Assalam YDH Tuan KJSPT dan YDH Tuan T/KJSPT Selangor

KES KEMALANGAN DI KM 293.5 L/RAYA KL-SEREMBAN MATI DI HOSPITAL DIPERCAYAI AKIBAT DIPUKUL

1) No. Repot (T) Kajang : 20126 /19

1.1) No. Repot (J) Kajang : Bandar Baru Bangi No: 5425/19

2) Tarikh/masa kejadian :
10/08/19 @ 1410 HRS

3) Tempat kejadian:
Di KM 293.5 L/RAYA KL – SEREMBAN

4) Kenderaan yang terlibat:

4.1) M/MPV *K1*
No pendaftaran: MBB1689
Jenis: INNOVA
Warna: Silver
Kerosakan: Hadapan, sisi kiri dan Belakang

4.2) M/Kar *K2*
No pendaftaran: MBB1689
Jenis : Perodua Axia
Warna: Hitam
Kerosakn: –

5) Mangsa terlibat :
5.1) Pemandu *K1* @ *M1*
Nama: Yew Wei Liang
no ic: 78xxxxxxxx23
Umur: 41 Tahun
Bangsa: Cina
Jantina: Lelaki
Alamat: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Seri Kembangan Selangor
Kecederaan: –

5.2) Pemandu *K2* @ *M2*
Nama: Syed Muhammad Danial Syed Syakir *Mati*
no ic: 90xxxxxxxxx29
Umur: 29 Tahun
Bangsa: Melayu
Jantina: Lelaki
Alamat: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, 40000 Shah Alam, Selangor
Kecederaan: –

6) Ringkasan Kejadian :

➡ Pada 10/08/2019 jam l/kurang 1410 terima maklum dari Trafik L/Raya satu kes kemalangan melibatkan pergaduhan antara 2 pemandu M/Kar di KM 293.5 L/Raya KL – Seremban dimana mkar M1 dipukul dengan kayu besbol oleh M2 dan M2 telah dilanggar oleh M1. M2 telah di bawa ke Hospital.

➡ Siasatan awal mendapati semasa kejadian M1 memandu keluar dari Tol Bangi menuju ke Seremban. Sejurus keluar dari Tol Bangi M/Kar M1 hampir dilanggar oleh M/Kar M2. M1 membunyikan hon dan dibalas oleh M2 dengan isyarat lucah jari tengah kepada M1 menyebabkan M1 tidak puas hati dan berlaku kejar mengejar antara M1 dan M2. Sampai di KM 293.5 L/Raya KL – Seremban berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan lalu M1 dan M2 turun dari M/Kar dan berlaku pergaduhan antara M1 dan M2 di lorong kanan l/raya. Selepas pergaduhan M2 mengambil kayu besbol dari bonet M/Karnya dan memukul bahagian hadapan M/Kar M1 menyebabkan M1 takut dan menekan pedal minyak lalu melanggar M2 yang berada di hadapannya. M2 terpelanting jatuh di tengah pembahagi jalan dan di bawa ke Nilai Medical Centre dan M2 disahkan mati di hospital tersebut.

Insp Soma bersama Insp Kunalan menahan M2 di IPPD Kajang dan di serah kepada Jabtan Siasatan Jenayah Kajang untuk tindakan lanjut. Kedua-dua M/Kar diambil alih oleh JSJ Kajang.

7) Klasifikasi kes : 
– kes dibuka di bawah Sek 302 KK oleh JSJ IPPD Kajang
– Kajang Repot (T) No 20126/19 di ROA ke Bandar Baru Bangi Repot No 5425/19.
Pegawai penyiasat kes Insp Noor Hairul Anuar B. Suhaimi

Untuk makluman Ydh Tuan


Leave a comment